31/07/2024 13:29 MYT
Kenyataan Hamas mengatakan Haniyeh terbunuh dalam "serangan pengkhianat Zionis" di kediamannya di ibu kota Iran, Tehran. - Gambar fail/ Reuters
PEMBUNUHAN Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’, kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.
Pegawai kanan Hamas Moussa Abu Marzouk seperti yang dipetik oleh Al-Aqsa TV yang dikendalikan oleh Hamas menyifatkan tindakan Israel itu sebagai pengecut, lapor Reuters.
"Pembunuhan Ismail Haniyeh adalah “tindakan pengecut yang tidak akan dibiarkan tanpa balasan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, menyifatkan pembunuhan pemimpin itu sebagai "mencetuskan keadaan lebih serius yang tidak akan mencapai matlamatnya".Zuhri juga dilaporkan berkata bahawa Hamas akan melancarkan “perang terbuka untuk membebaskan Baitulmuqaddis” dan kumpulan itu “bersedia membayar sebarang harga” untuk melakukannya, menurut laporan media tempatan.
Kenyataan Hamas mengatakan Haniyeh terbunuh dalam "serangan pengkhianat Zionis" di kediamannya di ibu kota Iran, Tehran. Kerajaan Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan itu.