𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗡𝗢𝗛 𝗢𝗠𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡

 


Bertambah retak le...

Dan makin tipis le hasrat Azmin nak rampas jawatan presiden BERSATU.


𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗡𝗢𝗛 𝗢𝗠𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡


Penyertaan bekas Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti yang dilaporkan media adalah satu lagi polemik perebutan kuasa yang akan menambah kemelut parti itu terutama di Selangor. Tan Sri Noh yang merupakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, dipercayai dibawa masuk bagi memperkukuhkan kedudukan pimpinan utama Bersatu yang mahu menjatuhkan Dato’ Seri Azmin Ali terutama menjelang pemilihan parti itu yang dijangka berlangsung pada tahun ini.


Azmin Ali seperti yang diketahui umum tidak mempunyai hubungan politik yang baik dengan Tan Sri Noh Omar, malah Azmin Ali lah yang mula-mula menggelar mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang itu sebagai ’Noh Udang’ sebelum menjadi sensasi di media sosial.


Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Selangor melihat ini sebagai satu lagi episod pertembungan terbuka Bersatu Selangor selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan bahawa Azmin Ali seorang pembuli sehingga menjadi salah satu sebab beliau menyatakan sokongan kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Amirudin Shari selaku Dato’ Menteri Besar Selangor yang membawa kepada pemberhentian keanggotaan beliau dalam Bersatu. 


Justeru, kemelut kepimpinan Bersatu Selangor akan terus menjadi perhatian dan umum meyakini bahawa sebagaimana nasib Datuk Rashid yang dihumban oleh orang baru, Azmin Ali akan terima turut menerima nasib sama dengan kemasukan Noh Omar. Namun, sikap Azmin Ali yang boleh diibaratkan sebagai “agung susut, pongah masih” ini adalah satu kelebihan kepada lawan-lawan politiknya dan Keadilan Selangor yakin percakaran sesama sendiri Bersatu Selangor ini akan terus membongkar wajah sebenar parti itu yang begitu tamakkan kuasa semenjak Langkah Sheraton lagi.


Buat anggota-anggota Bersatu Selangor, ’tahniah' diucapkan. Perginya Datuk Rashid yang merupakan antara pendiri awal Bersatu diganti Noh Omar, mantan Pengerusi Umno Selangor. Moga moga kalian semua tidak terhambat dek sikap pembuli Azmin Ali.


Sekian.


𝗦𝗔𝗜𝗙𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗙𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗

Pengarah Strategi

Keadilan Selangor




No comments: