PMX SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT AZLEW SENARIO

 





Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi hari ini telah mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon, Azlee Jaafar.


Beliau sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.


Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga.


Mendoakan semoga saudara Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: