Langkah Subsidi Bersasar: Keberanian Mengambil Tindakan Tidak Popular Untuk Mengatasi Cabaran Ekonomi



✍️ Saiful Nizam




Saiful Nizam


Maka bergempitalah para un dan angkatan lipas bersekutu apabila subsidi diesel tidak lagi diberikan secara blanket kepada semua. Mereka seolahnya gagal hadam, gagal faham isu sebenar.


Antara masalah utama dalam isu subsidi minyak adalah ketirisan diesel yang berlaku akibat penyeludupan. Ini adalah perkara yang merugikan negara kerana sebahagian besar subsidi sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia jatuh ke tangan penyeludup dan rakyat negara luar. Oleh itu, kita perlu memahami beberapa perkara penting mengenai langkah subsidi bersasar ini.


Pertama, kerajaan bukanlah pihak yang menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran global dan kerajaan tidak mempunyai kawalan langsung ke atasnya. Apa yang kerajaan cuba lakukan adalah memastikan subsidi yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, bukan kepada mereka yang mengambil kesempatan.


Kedua, kerajaan tidak menarik balik subsidi. Sebaliknya, kerajaan hanya menukar cara pemberian subsidi ini supaya lebih bersasar dan berkesan. Dengan kata lain, subsidi akan diberikan kepada golongan yang layak sahaja, bukan secara menyeluruh seperti sebelum ini yang menyebabkan banyak ketirisan.


Ketirisan ini berpunca daripada penyeludupan diesel yang berleluasa. Apabila subsidi diberikan secara menyeluruh, penyeludup mudah mengambil kesempatan dengan menjual diesel bersubsidi ke negara luar, menyebabkan kerugian besar kepada negara.


Jika kita tidak menyokong subsidi bersasar yang diberikan kepada rakyat, kita secara tidak langsung menyokong subsidi yang diberikan kepada penyeludup dan rakyat negara luar. Adakah kita mahu menjadi pembela kepada penyeludup dan orang asing yang mengambil kesempatan ke atas subsidi negara kita?


Langkah subsidi bersasar ini disokong oleh pelbagai pemimpin negara sebelum ini termasuk Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri. Mereka juga berpendapat bahawa negara memerlukan pendekatan subsidi yang lebih bersasar untuk memastikan keberkesanan dan keadilan dalam pemberian subsidi.


Namun, apa yang diperlukan sekarang adalah keberanian untuk melaksanakan perubahan ini, seperti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim bersama kerajaan perpaduan.


Kesimpulannya, subsidi bersasar adalah langkah yang diperlukan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan untuk mengurangkan ketirisan akibat penyeludupan. Dengan langkah ini, kita dapat mengawal penggunaan sumber negara dengan lebih efisien dan memastikan keadilan dalam pemberian subsidi.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



No comments: