Sejak Bersatu mengeluarkan
surat tuntutan kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang berpaling
tadah beberapa hari lalu, setakat ini hanya dua daripada mereka yang memberikan
responnya.
Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Abdul
Fasal dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaimi Abdul Rahman.
Syed Abu Hussin bertegas menyatakan surat itu tidak bermakna
apa-apa dan beliau tidak akan menjawabnya.
Katanya, beliau akan tunggu apa tindakan Bersatu (selepas 14
hari) dan bersedia berdepan apa jua kemungkinan.

“Jika berlaku PRK pun saya
tetap akan turun bertanding,” ujarnya.
Suhaili pula bertegas tidak berubah pendirian dan akan tetap
memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Bagaimana dengan yang lain-lain?
Mereka yang lain nampaknya senyap sunyi saja sejak menerima
surat berkenaan, walhal sebahagiannya selalu “bising” sebelum ini.
Apakah mereka juga tidak akan
jawab surat tuntutan itu sebagaimana pendirian Syed Abu Hussin?
Atau mereka seperti Suhaili yang tetap menyatakan sokongan kepada Anwar dan
kerajaan perpaduan?
Apa pun, selepas 14 hari nanti, apa jawapan yang diberikan oleh
tujuh wakil rakyat Bersatu itu kepada surat yang mereka terima itu bakal
menentukan apa yang akan berlaku selepas ini.
Daripada jawapan mereka juga banyak ditentukan kemungkinan ada
PRK atau sebaliknya.
Tetapi dua tiga pemimpin utama
Bersatu dan PN sudah mula dicanangkan bakal bertanding jika akhirnya ada PRK
perlu diadakan di tujuh kawasan tersebut.
Antaranya dikhabarkan, Ahmad Faizal Azumu atau Peja bakal bertanding
di Kuala Kangsar, Azmin Ali atau Noh Omar di Tanjung Karang dan Annuar Musa
sama ada di Jeli atau Gua Musang.
Peja sebelum ini kalah di Tambun, Azmin kalah di Gombak, manakala Annuar dan
Noh tidak bertanding pada PRU15 lalu setelah mereka dipecat daripada UMNO.
Jika bertanding, bolehkah mereka menang? –
ShahbudinHusin 21Mei2024.