Harakahdaily tak pernah gagal buat lawak. Kali ini dia dakwa Sanusi 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Malahan, ada negeri yang orang awam tak kenal MB atau KM tapi sebut saja Sanusi, semua kenal. Lawak sungguh.
Tapi sungguh memang Sanusi ni terkenal. Tapi kena la faham dia terkenal sebab apa.
Pertamanya, dia terkenal sebab 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝘁. Majoriti yang dia sebut memang boleh dijadikan bahan lawak. Contohnya 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶, atau cerita yang 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 dan banyak lagilah.
Kedua, dia terkenal sebab selalu bersikap 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 orang. Sampai 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 pun dia hina. Pekerja Agro Kedah pun sama. Kalau PMX dan Menteri Pusat tu, tak payah cerita la. Hobi dia.
Satu lagi, Sanusi ni suka cakap kasar. Contoh macam dia sebut 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗻𝗴. Lepas tu 𝘴𝘱𝘪𝘯 cakap tu bukan mencarut. Itu pujian. Pernah juga gempar sebab dia sebut 𝗹𝗮𝗻*𝗮𝘂 di atas pentas ceramah.
Dan jangan lupa Sanusi juga terkenal sebab 𝗸𝗮𝗿𝗮𝗼𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗮. Dan sebelum itu, dia pernah juga terkenal sebab 𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘥𝘳𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘰𝘳𝘥 𝘙𝘢𝘱𝘵𝘰𝘳 ketika 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴. Rakyat nak pergi kerja pun tak boleh tapi MB boleh pandu uji kereta.
Kalau nak kata terkenal, memanglah terkenal. Tapi apa yang penting, 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗮𝗽𝗮. Dulu nama-nama macam 𝗠𝗮𝗶𝗹 𝗞𝗲𝗿𝗯𝗮𝘂, 𝗕𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗖𝗵𝗶𝗻 dan 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗹𝗶 pun terkenal juga. Satu Malaysia dok sebut-sebut.
Tapi 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 mereka tak sama dengan populariti PMX 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺. Satu dunia sanjung terutama kalangan negara-negara Islam dan membangun. Dari semenjak 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝗹𝗮𝗴𝗶 dah terkenal.
Malahan PMX dijemput berucap di universiti luar, baca khutbah dan macam-macam lagi. Itu barulah terkenal atas sebab yang elok. 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗸𝗵𝘂𝘁𝗯𝗮𝗵? Jangankan negara lain, negeri dalam Malaysia pun tak sudi. Terkenal apa begitu?
Berita ni sebenarnya 𝘥𝘢𝘮𝘢𝘨𝘦 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭. Orang Harakah pun tahu Sanusi dah jadi 𝗹𝗶𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗔𝗦. Malahan rakyat Kedah pun dah 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 yang meluat bahkan malu ada MB seperti Sanusi ni.
Harakah ingat tulis berita begini boleh sejukkan hati rakyat Kedah kot. Kalau Sanusi nak pikat semula hati rakyat, bukan dengan berita lawak begini tapi 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶. 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝗽𝗿𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Bukan terus-terusan salahkan orang lain je. Guane boh?
Raja Gelap II
.