YAH TU DIAAA IKON FITNAH AKAN KE SUNGAI BULOH- BERDOALAH WAHAI RAKYAT SEMUA , BAHAWA ORANG YANG TAK PUNYA AKHLAK INI DIHUMBAN KE SG BULOH. HABISLAH PAPAGOMO JIKA MAHKAMAH TOLAK SUNGAI BULOH LA JAWABNYA!


Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 23 Mei ini untuk mengetahui keputusan representasi dikemuka bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo bagi menggugurkan tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut iaitu kerajaan pro-Israel dan Barat. Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan hanya menerima salinan representasi itu pada pagi ini. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair Thevaharan berkata tiada keputusan berhubung representasi itu kerana baru menerima salinannya. Peguam bela Wan Muhammad Azri, Logen Eskander Abdullah pula berkata representasi itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 April lalu. =============================================================================== Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan menghasut membabitkan hantaran di Facebook yang mendakwa kerajaan sebagai pro-Israel. Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali Papagomo, memohon dibicarakan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini. Mengikut pertuduhan, Wan Muhammad Azr,41, yang juga bekas Exco Pemuda UMNO, didakwa menyebut kata-kata menghasut di laman Facebook 'Halid Hamidi', jam 1 tengah hari, 8 November lalu, di mana kata-kata berkenaan dilihat oleh seorang lelaki dikenali Hisham Sharudin, 42, di sebuah kondominium di Bukit Bintang. Sumber Berita 1. https://www.astroawani.com/berita-mal... 2. https://www.bharian.com.my/berita/kes...


No comments: