SEMBANG JA PAS NI...


Najib Bakar



 Setakat ni, PAS Kedah pun banyak sembang macam PAS Kelantan. Kerajaan batu asas.


Apa yang Kelantan pernah umum? 


-Empangan bawah tanah tahun 2017. 

-Bandar Baru Dabong tahun 2012.

-Stesen bas Kota Bharu.

-Kilang simen terbesar Malaysia di Gua Musang.


Semua sembang. Boleh Google sendiri semua kes ni.


Serupa dengan PAS Kedah pimpinan Nusi.


-Litar lumba

-Projek Widad Langkawi game changer.

-Stadium setaraf JDT

-Airport Kulim sat penumpang sat kargo.


Ni tup tup Kedah nak buat empangan bawah tanah pulak. Serupa Kelantan punya sembang?


Projek padi huma yang dari tahun 2018 di Kedah pun tiba-tiba Nusi umum balik. Aik?


Ni game hampa dari dulu. Umum projek akan siap ketika tahun-tahun nak pilihanraya.


Nanti bila berkempen, ulang balik ayat, "hampa kena bagi PAS menang, sebab projek dah umum dah. Kalau parti lain menang nanti depa batalkan projek."


Ceh.


Padahal kalau hang cerdik la Nusi, dan betul-betul nak selesaikan masalah asas rakyat, projek berkaitan bekalan air la yang hang patut umum dulu masa awal-awal jadi MB.


Bukan projek litar, projek stadium, projek airport. Benda tu boleh datang kemudian.


Tapi ya lah. Umum pi lah hat mana pun.


Aku sangat-sangatlah skeptikal hang mampu terjemah semua tu sebab rekod hang banyak sembang.


Hang kesah apa kan? Lepas dah dapat jawatan MB sepenggal setengah, puas sangat dah aih.


Boleh dah pi jalan-jalan pastu.


Pi Cambodia ka, Indonesia ka, Mongolia ka, tinggalkan masalah kat pengganti hang.


Kalau pengganti hang dari puak-puak hampa, ulang skrip sama.


Ya lah. Hampa kan tukang baca saja?



No comments: