RAKYAT TERENGGANU MAHU TAHU SEBAB DR SAM LANTIK BUKAN RAKYAT TERENGGANU DALAM GLC HAK MILIK KERAJAAN TERENGGANU???


Muhammad Syuza Amsyari





Adakah kami rakyat Terengganu tiada kepakaran?? tiada kemampuan?? & tidak cukup profesional bg memegang jawatan dalam sebuah syarikat GLC negeri Terengganu??


Kami sedar Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) ini ditubuhkan pd tahun 1985 adalah drp semangat pemimpin kerajaan Terengganu terdahulu.. Ia ditubuhkan untuk mengangkat maruah & imej negeri serta rakyat Terengganu drp sebuah negeri miskin yg serba kekurangan kepada sebuah negeri membangun & seterusnya kepada negeri maju.. Penubuhannya juga bersesuaian dengan operasi utamanya dalam industri petroleum & gas bagi mengambil peluang hasil bumi kurniaan Illahi ini dijumpai pada tahun 1983.. Hinggalah pada hari ini anak syarikat kerajaan negeri Terengganu (GLC) menjadi antara anak syarikat milik kerajaan Terengganu yg berjaya & berada dalam pasaran PAPAN UTAMA Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).. Kami rakyat Terengganu tidak lupa Dr Sam.. Kami tahu..


Tidak dinafikan mereka memang mempunyai latarbelakang korporat.. Tetapi kami juga sedar daripada sejumlah 1,170,700 orang rakyat negeri Terengganu juga mempunyai latarbelakang korporat yg hampir sama seperti mereka juga.. 


Apakah agenda politik sebenar Dr Sam?? Adakah mula merasa inilah masanya untuk kembangkan pengaruh beliau setelah dicanang hebat oleh pemimpin PAS sebagai calon Perdana Menteri M'sia?? Atau beliau cuba menggambarkan beliaulah selayaknya calon menggantikan Presiden PAS M'sia nanti.. 


Asasnya kerana pengumuman perlantikkan ini mempunyai persamaan latarbelakang parti politik & merupakan pemimpin politik berpengaruh dalam parti PAS semasa.. Latarbelakang ringkas untuk pengetahuan rakyat Terengganu yg telah diumumkan perlantikkan mereka oleh EPIC Berhad:-


YB Ir Ts KHAIRIL NIZAM KHAIRUDIN

●Lahir: Ipoh, Perak

●Ahli Parlimen PAS Jerantut, Pahang

●Jawatan Parti: Ketua Dewan Pemuda PAS M'sia


Ts MUHTAR SUHAILI

●Lahir: Miri, Sarawak

●Ahli Korporat & Politik

●Jawatan Parti: Timbalan YDP PAS Sarawak

●Jawatan Parti: AJK PAS Pusat


Dr Sam, jangan perjudikan nasib & masa depan kami sebagai rakyat di negeri bertuah seperti Terengganu kami ini.. EPIC Berhad adalah anak syarikat kerajaan negeri adalah juga milik rakyat negeri Terengganu.. Ia adalah warisan yg tidak ternilai untuk rakyat Terengganu.. Jangan kerana nafsu politik yg disebut tadi kami sekalian rakyat menjadi bahan niaga politik Dr Sam dalam mencapai cita-cita yg belum pasti.. Wallahu'alam & wassalam..



No comments: