UJIAN PERTAMA MEDIA KERAJAAN. KITA LIHAT ANGKUH KA TIDAK KERAJAAN.


 PH agak angkuh di PRK Kuala Kubu Baharu.



Mereka kata ianya mustahil bagi PN untuk menang di PRK KKB sebab rekod mendiang ADUN Lee Kee Hiong yang menang pada PRN2023 adalah sangat baik.


Tapi Lee Kee Hiong juga merupakan pemenang bagi PRN 2018. Orang yang sama biarpun rekod perkhidmatan mungkin baik tetapi ianya bukan satu jaminan.


Perlu ingat bahawa peratusan undi didapati mendiang Lee sudah jatuh dari 86.4% ke 55.5% pada PRN2023.


Manakala peratusan undi didapati PN telah naik dari 13.6% ke 44.5%.


Majoriti bagi PH pada PRN 2023 cuma 2,922 undi - bermakna hanya perlu 1,467 orang sahaja yang benci dengan kenaikan kos sara hidup dan pelbagai cukai-cukai baharu yang dibuat tahun ini untuk bertukar undi dari PH ke PN supaya PN akan menang.


Jadi, bukan mustahil.



No comments: