SELAMAT BERHIJRAH


MSO. 




Bekas Adun Benta Sdr Suhaimi Ibrahim telah menyertai Keadilan. Beliau yang juga merupakan tokoh pimpinan belia mengambil keputusan berhijrah dari Umno ke Keadilan atas kehendaknya sendiri dan ia dilakukan dengan tertib. 


Katanya penghijrahan telah dibincangg dengan Pengerusi Umno Pahang Wan Rosdy dan juga dengan pengerusi Keadilan Pahang Amiruddin Shari serta penasihat Keadilan Pahang Fauzi Rahman. 


Dala satu kenyataanya disiarkan dalam Tiktok beliau menyatakan penghijrahan itu dilakukan dengan baik, diterima oleh kedua pihak Keadilan dan Umno, dan tiada pihak mengecamnya termasuk Umno.


Cara dan tindakan Suhaimi adalah terbaik, beliau mengambil keputusan secara harmonis dan tidak menyakiti hati mana mana pihak. Sebenarnya penghijrahan beliau ke dalam Keadilan tidak dilihat pelik kerana beliau adalah seorang pendukung Anwar Ibrahim sejak waktu muda di zaman Abim dan pergerakan belia lagi.


Walaupun hubunggannya dengan Anwar "on off" tetapi kesetiaan dan persahabatan mereka berdua tidak boleh dinafikan sesiapa. Semoga penghijrahan itu membawa berkat dan menguatkan lagi Keadilan khasnya di Pahang. Trims.



No comments: