MENILAI PIRAKE KUALA KUBU BARU






MSO

Mata para peminat politik negara kini tertumpu ke Kuala Kubu Baru Selangor kerana Pirake akan berlangsung di kerusi N 06 itu. Esok hari penamaan calon. Setakat ini PH dan PN mengumumkan calon mereka.


PH menamakan Pang Sock Tao dari DAP manakala PN umumkan Khairil Azahari Saut dari Bersatu.


Seperti saya menjangkakan piliha raya itu merupakan pertarungan di antara Cina dengan Melayu. Itu hakikatnya  walaupun calon masing masing didakwa mewakili semua kaum. Yang akan berlaku di KKB nanti menarik untuk dijadikan cerminan dan ukuran politik kita nanti.


Apakah politik berasaskan sentiman bangsa dan agama mendapat perhatian atau tidak. 


Saya nak kata begini kalau PH menang ertinya politik pelbagai kaum berorentasikan perpaduan menjadi pilihan. Manakala jika PN menang politik perkauman, sempit masih segar bugar di negara ini, kemenangan itu akan terus merencatkan pembangunan nusa bangsa. Trims.



No comments: