MALAYSIA LECTURING GERMANY ON HUMAN RIGHTS."



"MALAYSIA LECTURING GERMANY ON HUMAN RIGHTS."


Titik.


Itulah naratif dan 'soundbite' antarabangsa berkaitan isu Pal estin yang kini 'trending' di platform-platform media sosial antarabangsa sejak semalam. 


Masakan tidak.


Jawapan balas PM-X yang tidak langsung apolegetik malah sangat bernas ketika diasak oleh wartawan-wartawan Jerman yang mana negara berkenaan diketahui sangat pro Is rael, perihal hubungan akrab Malaysia-Pal estin, Malaysia-Hama5 yang menjadi tema soalan yang bertali-arus daripada mereka.


Amatlah padu. 


Kalau orang Jerman dia akan sebut 'zuper' atau 'Das ist super'!


Bukan sekali. Tapi dua kali.


Mula mula mereka cuba 'perangkap' PM-X dengan bertanya soalan yang boleh mengudang bala malapetaka imej negara di pentas antarabangsa kalau tidak dijawab dengan bijak, lebih kurang berbunyi,


"Perdana Menteri, kerajaan anda menyokong Hama5, tidak seperti kami negara barat, anda tidak mengklasifikasikan serangan 7 oktober ke atas Isra el sebagai serangan pengganas. Malah anda juga berkata bahawa Hama5 bukan pengganas. 


Adakah anda masih kekal dengan pendirian ini dan tidak takut pandangan sebegini tentang Hama5 akan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara barat yang lain contohnya seperti Jerman?"


Apa yang PM-X jawab?


"Polisi luar negara kami adalah konsisten, kami tidak menyokong serta menentang penjajahan, apartheid, penghapusan etnik ataupun rampasan harta mana mana negara, tidak kira Ukraine atau di G4za. 


Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang menghasilkan reaksi dan kemarahan daripada pihak yang berkenaan. Hubungan kami dengan Hama5 adalah dengan sayap politik Hama5, dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal itu.


Dan penglibatan tersebut sekurang-kurangnya telah menjadi 'jambatan' untuk menyelesaikan kebimbangan-kebimbingan yang ada, termasuklah kebimbangan berkenaan tebusan yang terlibat. 


Kami tidak ada sebarang kaitan dengan tentera atau sayap ketenteraan dan saya telah jelaskan kepada sahabat sahabat saya di Eropah, Amerika dan banyak negara lain.


Walaupun kami mempunyai beberapa perbezaan tetapi sebagaimana kami telah mengiktiraf Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) jauh lama sebelum Eropah atau Amerika berbuat demikian, kerana kami percaya dasar apartheid harus ditentang. 


Jadi untuk konsisten dengan dasar itu, maka kami mengambil keputusan bahawa kita harus memahami asas punca asal masalah ini.  


Di mana ada orang yang rumah mereka, harta mereka, maruah mereka telah dirampas dirompak. Dan jika kita boleh selesaikan ini, semuanya akan selesai.


Samaada saya membenarkan(condone) pembunuhan kanak-kanak dan wanita?


Tidak. Saya tidak, oleh sesiapa pun dan mana-mana pihak pun. 


Ini adalah polisi yang konsisten. Tetapi apa yang saya tolak secara keras ialah naratif dan obsesi seolah-olah semua masalah yang berlaku pada harini adalah bermula dan berakhir dengan 7 Oktober.


Ia tidak bermula pada 7 Oktober.

Ia tidak berakhir pada 7 Oktober.


Ia bermula 4 dekad sebelum itu dan ia sedang berterusan sehingga ke hari ini. 


Walaubagaimanpun kesimpulan saya sekarang, seperti yang saya katakan kepada Canselor ialah kita harus terus pandang ke hadapan. 


Kita mempunyai masalah. Apa kita nak buat sekarang?


Adakah kita nak bincangkan sejarah?atau  bincangkan kekejaman pada masa lalu? atau kita bincang cara nak selesaikan masalah pada masa sekarang ini?


Masalah sekarang ini maksudnya, hentikan permusuhan. Hentikan pembunuhan sekarang! 


Dan kemudian keseluruhan masyrakat antarabangsa, Jerman, Malaysia dan negara-negara jiran pastikan tiada lagi keganasan yang dilakukan oleh sesiapa terhadap orang lain tidak kira samaada kepada Muslim, Yahudi mahupun Kristian. Mereka berhak untuk hidup secara aman."


Fuh.


Tak berpuas hati, wartawan yang lain pula sambung soalan,


"Perdana Menteri, anda cadang untuk tinggalkan soal sejarah, tetapi untuk tebusan Israel, 7 Oktober itu adalah suatu perkara kini dan masih wujud, dan untuk saudara mara mereka juga. 


Jadi berdasarkan perbincangan anda dengan pimpinan politik Hama5 adakah anda rasa mereka akan dibebaskan segera? dan beritahu kami apakah anda lihat apa yang berlaku 7 Oktober itu sebagai satu keganasan(terrorism)."


Apa jawapan PMX?


"Macam yang saya katakan sebelum ini, kekejaman yang telah berlaku selama beberapa dekad tidak boleh dipadamkan. Dan anda tidak akan dapat mencari jalan penyelesaian dengan menjadi terlampau berat sebelah dalam melihat hanya dari satu isu dan memadamkan kekejaman yang telah berlaku selama 60 tahun. 


Penyelesaiannya bukan sekadar membebaskan tebusan.Saya setuju untuk pembebasan tebusan. Tapi ianya bukan lah penyelesaian. 


Kami hanyalah 'suara kecil', saya tidaklah mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Hama5, tapi ya saya mempunyai hubungan tersebut.


Seperti yang saya katakan kepada Canselor, saya telah menyatakan kebimbangan saya bahawa tebusan mestilah dibebaskan, namun boleh kah anda katakan bahawa itu semuanya dan cukup, noktah? titik?


Bagaimana dengan penempatan haram?

Bagaimana dengan perangai penceroboh haram?kini yang berterusan setiap hari?

Bagaimana dengan rampasan tanah mereka?hak mereka? maruah mereka?lelaki mereka?perempuan mereka? anak-anak mereka?


Adakah ini semua tidak perlu dirisaukan?


Di mana kita telah campak buang kemanusiaan kita?


Kenapa hipokrasi sebegini? Kenapa ada sikap pilih kasih dan respon yang berlainan kepada satu kaum dan satu etnik?  


Adakah kerana mereka bukan orang kulit putih? atau kerana mereka datang dari agama berbeza?


Soalan-soalan ini dibangkitkan kerana terdapatnya kekurangan konsistensi . 


Jika anda tanya saya, ada penyelesaian?


YA. Solusi 2 Negara (2 states solution).


YA. Iktiraf hak semua individu, samaada Muslim, Yahudi atau Kristian. Saya tak ada masalah langsung. 


Tapi sudah tentu tidak boleh menerima hakikat apabila anda membincangkan isu ini, kita hanya menghadkannya pada satu insiden yang khusus, dan satu mangsa sahaja melupakan ribuan, ribuan dan ribuan mangsa sejak Nakba 1947-1948.


Adakah sejarah tidak relevan?

Adakah kemanusian tidak relevan?

Adakah kasih sayang tidak relevan?


Adakah saya menyokong kekejaman kepada sesiapapun? Sudah tentu tidak. 


Adakah saya setuju tebusan tidak dibebaskan?Sudah tentu tidak. 


Tapi untuk bawakan naratif hanya satu pihak sahaja ia tidak akan menyelesaikan masalah. Anda mungkin akan memuaskan hati sesetengah pihak, sama ada Muslim, Yahudi, Kristian atau orang Jerman atau orang Malaysia tetapi ia tidak dan tidak akan mampu diselesaikan kecuali kita dilihat berlaku adil, baik dan mencari jalan yang damai secara adil."


Fuh lagi sekali.


Fuh.


Kalau PM Anwar ucap sebegini di Malaysia, perasaan dia mungkin tak meremang sebegini. 


Tapi untuk beliau berdiri di negara dan di sebelah pimpinan nombor 1 sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Eropah, KDNK ketiga terbesar di dunia dan KDNK(PPP )kelima terbesar di dunia, dengan jawapan yang tegas, puitis dan tanpa rasa apologetik sebegini.


Bukan sekali. 


Tapi dua kali.


Walau mungkin ada(banyak sebenarnya) yang kita mungkin tak setuju dengan beliau dalam perkara-perkara domestik, tapi untuk isu yang satu ini, saya betul-betul teruja dan berterima kasih kepada beliau kerana bawa suara kami, atau suara saya paling tidaknya ke 'telinga-telinga' penduduk dunia.


Terima kasih PM-X.


Terima kasih.


https://www.facebook.com/share/p/zPAQVQEVY4zBwGmY/?mibextid=qi2Omg



1 comment:

Anonymous said...

Mana walaun puak PAS, ketua PAS boleh ke bercakap macam ni...sudah tentu tak boleh...maki hamun boleh, sebab itu saya ulang lagi jahanam Malaysia di bawah PAS atau PN