Cerita tentang aurat lelaki ni, aku rasa agak kelakar dengan hujah pembenci Dr. Rozaimi.
Dr. Rozaimi cuma bicarakan pandangan mengikut Mazhab Maliki bahawa paha bukan aurat. Tiba-tiba ada yang persoal, kata kalau macam tu nanti ada imam pergi masjid pakai seluar dalam je.
Hey come on! Selama ini kita ikut mazhab Syafie yang mengatakan aurat itu apa-apa antara pusat dan lutut. Tapi tak pernah aku tengok imam baca khutbah berlenggeng (tak pakai baju).
Masalah di sini bukan Dr. Rozaimi. Tapi masalahnya sesetengah manusia yang mengaku sebagai ustaz tapi cuma tahu mazhab Syafie saja. Bila jumpa amalan yang berbeza, jadi terkejut.
Lebih malang, berasa ego. Anggap diri lebih tahu. Tak terima bila ditegur. Mungkin rasa malu di depan pentaksub sendiri. Maka jadilah apa yang terjadi. Kemerapuan yang tak bawa apa-apa kebaikan selain daripada kekeliruan umat. Guane boh?
Raja Gelap II
.