Najib bebas?


Kecoh berita ni kebelakangan ini. Banyak huha yang menyebut Najib akan diberikan pengampunan. Tetapi sama ada Najib akan diberikan pengampunan ataupun tidak, itu semata-mata kuasa YDP Agong.


Najib pula, setahu aku, mempunyai hubungan yang amat baik dengan mana-mana istana. Jadi sekiranya Najib diberikan pengampunan, bukanlah ia satu berita yang mengejutkan aku. Lainlah kalau 'orang tu' yang pernah cuba hapuskan kuasa Sultan.


Soal oengampunan Najib ini ikut celah mana pun tetap akan rugikan PH. Tak kiralah Najib lepas atau tidak, PN tetap boleh gunakan isu ini untuk burukkan nama PH dan rosakkan kredibiliti DS Anwar.


Contohnya kalau Najib dapat pengampunan, pasti PN akan kata nanti yang DS Anwar yang lepaskan Najib untuk memujuk ahli UMNO supaya sokong Kerajaan Perpaduan. Jadi nampak DS Anwar gadai prinsip.


Katakan pula Najib tak dapat pengampunan. Nanti PN akan kata kepada penyokong UMNO yang DS Anwar langsung tak mahu tolong lepaskan Najib. Kita pun tahu PN memang pandai spin cerita.


Hanya satu perkara je yang boleh dibuat iaitu berikan kefahaman kepada rakyat bahawa keputusan untuk memberikan pengampunan adalah hak YDP Agong semata-mata. Bahkan mahkamah pun tak boleh nak batalkan keputusan YDP Agong itu.


Lembaga pengampunan bertanggungjawab memberi nasihat kepada YDP Agong. Akan tetapi YDP Agong berhak untuk buat keputusan walaupun tanpa nasihat dari Lembaga Pengampunan. Itu hakikatnya.


Apa pun keputusannya nanti, elakkan dari memberi komen secara terbuka. Kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu didakwa atas tuduhan menghina YDP Agong. Suka atau tidak keputusannya nanti, kita tiada hak untuk pertikaiannya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: