Che Ibrahim
Zina, Judi, minum arak memang Haram di segi syariah Islam. Pelakunya adalah satu pelanggaran kepada hukum syarak. Tetapi oleh kerana tidak ada mana mana undang undang Persekutuan yang kata salah, maka negeri boleh jadikannya sebagai satu kesalahan di bawah enakmen syariah.
Rasuah, menyeleweng dana awam, membunuh, mencuri adalah adalah haram di segi syariah Islam dan pelakunya dianggap melanggar hukum syarak. Tetapi oleh kerana perbuatan itu adalah Salah di segi undang undang persekutuan, maka mahkamah syariah tidak ada kuasa untuk membicarakan kesalahan tersebut.
Liwat adalah Haram dalam Islam, pelakunya adalah telah melanggar hukum syarak. Jika ada pihak pihak mahu liwat dijadikan kesalahan di bawah enakmen syariah, maka kesalahan liwat hendaklah dianggap bukan satu perbuatan jenayah dan hendaklah dimansuhkan peruntukannya dalam Kanun Kesiksaan. Maknanya liwat adalah sama dengan Zina, hanya boleh dibicarakan di mahkamah syariah.