CONTOH GAGAL- KEADAAN AIR DI KEDAH SEMAKIN PARAH TETAPI MB SANUSI TUDUH SAYA CARI PASAL ?




Susulan lawatan kerja saya ke Kedah pada 28 dan 29 Januari 2024, saya telah berkongsi maklumat mengenai status kemajuan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau sebagai projek sakit.


Part 1: https://www.tiktok.com/@akmalnasir.my/video/7330541281065635074


Part 2: https://www.tiktok.com/@akmalnasir.my/video/7332020424483540225


Projek ini bernilai RM124,900,000.00 adalah dibiayai melalui geran Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan kemajuan fizikal yang direkodkan hanya 21.57% berbanding dengan jadual sepatutnya 49%, iaitu kelewatan sebanyak 27.43% !


Kebimbangan saya mengenai keadaan bekalan air di Kedah adalah kerana kebocoran air bersih / air tidak terhasil (NRW) adalah 50.6% dan rizab simpanan air Kedah 0% sejak tahun 2022.


Sementara saya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan mencari jalan penyelesaian, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah telah memberi respon secara sinis terhadap usaha tersebut dan seterusnya memberi pelbagai alasan mengapa projek LRA Bukit Selambau gagal mengikut jadual kerja yang sepatutnya.


Berdasarkan sidang media pada 7 Februari 2024, beliau seperti semata-mata menyalahkan kenaikan kos harga barang ketika tempoh PKP/COVID-19 dan seterusnya tohmahan jahat seolah-olah progres projek menjadi perlahan kerana Kerajaan Persekutuan tidak mahu memberi peruntukan tambahan.


Adakah betul alasan yang diberi oleh MB Kedah ?


Macam mana pula status pembinaan Loji Rawatan Air di negeri lain sewaktu COVID-19 ?


Insya-Allah, mulai esok saya akan menjawab satu persatu dan dedahkan fakta sebenar.



No comments: