MENGAPA KERAJAAN MADANI DIANGGAP LEMAH TANGGANI FITNAH ???

 


Cakap pasal fitnah dalam politik ni, siapa je yang tak marah? Semua marah. Semua geram. Sedang kita yang tengok pun sakit hati. Takkanlah menteri yang kena fitnah boleh seronok. Kan?


Ramai yang kata kerajaan lembik sebab tak ambil tindakan. Tapi pada pendapat aku, PMX lebih nak tumpu pada baik pulih ekonomi sekarang ini.


Tapi apa kena mengena?


Macam ni. Negara kita bergantung kepada pelabur. Pelabur ni pulak, kalau nak masuk melabur, mereka tengok pada banyak perkara. Dari persepsi rasuah sampailah ke penghasilan tenaga.


Antara lain yang mereka tengok adalah kebebasan bersuara. Negara yang tak amalkan kebebasan bersuara, biasanya pelabur takut nak masuk sebab mungkin berlaku boikot dari kumpulan yang perjuangkan hak kebebasan bersuara.


Atas sebab itu, kerajaan terpaksa pejam mata pada puak tak bertanggungjawab ni. Sebab tak mahu negara kita terlihat seperti negara yang menekan pihak lawan - tamiada kebebasan bersuara.


Aku fikir pembangkang tahu hal ini. Sebab itulah mereka sengaja gunakan fintah sebagai senjata. Mereka memang mengundang tindakan diambil ke atas mereka.


Sebab mereka nak pelabur lari. Mereka mahu sabotaj ekonomi supaya kerajaan terlihat gagal dan mereka boleh gunakan ia sebagai bahan kempen atau sebagai umpan pujuk rakyat sokong mereka.


Ini bukan soal kerajaan lembik. Ini soal PMX rela dirinya ditohmah daripada melihat ekonomi kita gagal disebabkan kejahatan puak pelampau ni.


Masalah kita bukan kerajaan lembik. Masalah kita ada dua yang utama.


Pertama, pembangkang, yang 100% Melayu Islam, tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Mereka seolah tak percayakan hari akhirat sampai sanggup buat fitnah demi mahukan kuasa.


Mereka ni, walaupun bergelar dengan pelbagai gelaran agama, tapi kelakuan mereka tak ubah perangai kaum jahiliyah di zaman Rasulullah saw dulu. Mereka tak peduli soal dosa 


Kedua, masyarakat yang kurang berpengetahuan. Mereka mudah percaya fitnah pembangkang walau pun fitnah itu jelas tak masuk akal. Boleh tengok macamana cerita kelakar yang Gomo buat pun boleh mereka percaya bulat-bulat.


Jadi sebenarnya mendidik masyarakat itu lebih penting dari mendakwa pembangkang yang jahat ini. Cuma dakam bab penerangan ni pun, memang Kerajaan agak terkebelakang.


Sebab kerajaan tak berapa iktiraf peranan cytro dalam memberikan penerangan kepada rakyat. Tak macam pembangkang yang mana cytro berbayar mereka menguasai media sosial.


Kesilapan kerajaan adalah dalam hal penerangan. Bukan dalam mendakwa pemimpin pembangkang yang jahat. Bagi aku, apa yang kerajaan buat sekarang dalam hadapi fitnah pembangkang adalah tepat.


Cuma kerajaan perlu bijak gunakan cytro kerajaan yang 90% bergerak atas dana sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: