[panas] KAPAL BERSATU KIAN TENGGELAM! MEREKA BERANG & SERANG MP TANJUNG ...


Tan Sri Noh Omar mengutuk rakan sekapalnya, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi selepas ahli Parlimen Tanjong Karang itu menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri. Noh berkata, tindakan Zulkfperi tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat di kawasan berkenaan kerana didakwa jarang turun padang dan pejabat pun tidak beroperasi. Kata beliau, rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. ============================================================================== Pemimpin BERSATU menganggap, sebagai ahli Parlimen yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi sepatutnya malu dengan tindakannya yang mudah 'longlai' dengan tawaran peruntukan daripada kerajaan, sekali gus membelakangkan perjuangan parti. Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata selepas pelbagai perbincangan antara pemimpin dan bai'ah untuk setia dizahirkan pada PAT lalu supaya Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerajui parti, tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu amat mengecewakan. =========================================================================== Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyifatkan tindakan Zulkafperi sebagai pengkhianatan kepada parti dan pengundi. Ahli Parlimen Machang itu turut mempersoalkan mengapa siasatan polis berhubung dakwaan wujud unsur habuan, umpan atau ugutan susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen PN menyokong Anwar sebelum ini, belum selesai. "Datuk Botak (ejen didakwa memujuk ahli Parlimen PN) dan macam-macam lagi ejen digunakan, termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen yang sudah 'lari' ini. "Perkara ini mencabuli demokrasi kerana menyekat peruntukan pembangkang dan menggunakan kuasa serta undang-undang menggertak ahli Parlimen yang tidak menyokong kerajaan," dakwanya. Sumber Berita



No comments: