CHE IBRAHIM
Isu sekarang ialah kerajaan sedang menggubal satu Sistem Saraan
Baru yang tidak berpencen. Jika skim ini diluluskan, penjawat awam yang dilantik
atau ditawarkan kerja di bawah skim ini (mungkin mulai 2024 atau 2025) tidak
akan lagi dibayar pencen selepas tamat perkhidmatan mereka 30-40 tahun akan
datang @ apabila genap umur 60 tahun nanti.
Penjawat Awam yang dilantik di bawah skim lama, atau yang sedang
berkhidmat di bawah skim pencen sekarang ini, atau yang sudah menerima bayaran
pencen, akan terus menikmati faedah pencen. Skim tidak berpencen ini hanya bagi
lantikan baru, saya ulang, hanya untuk lantikan di bawah Skim Saraan Baru nanti
yang belum diluluskan lagi.
Sementara menunggu Skim Saraan Baru ini diluluskan, semua
perlantikan penjawat awam, jika ada atau perlu dibuat, akan dilantik secara
kontrak.
Maknanya skim baru ini tidak menjejaskan pegawai yang sedang
berkhidmat atau sudah berpencen, ianya hanya untuk lantikan baru yang belum
dibuat, kalau tuan/puan tak setuju, tuan/puan jangan terima jawatan tersebut,
benda mudah, pasaipa jadi payah????