Tular satu lagi video Azhar Idrus. Dia ditanya kenapa kuliyah dilarang di Pulau Pinang tapi acara tarian dibenarkan. Macam biasa, Azhar tanpa ragu salahkan Madani.
Tapi hakikatnya, tidak ada acara kuliyah atau majlis berkaitan Islam yang dilarang di Pulau Pinang. Azhar menjawab suatu yang bukan dalam pengetahuannya.
Sekali lagi Azhar gopoh. Dan sekali lagi, aku melihat kebencian dan kesumatnya terhadap kerajaan dan DS Anwar punca dia gopoh dalam memberikan jawapan.
Apa yang malang, kegopohan Azhar telah menjadi satu fitnah yang dahsyat. Mencipta persepsi seolah kerajaan pusat menghalang dakwah. Sedangkan tak begitu.
Azhar ambil peluang dengan soalan yang ditanya itu untuk kempen politik. Sebab tu aku kata aku lihat dia sekarang lebih sebagai ahli politik, bukan agamawan.
Bila aku tulis begini, bukan bermakna aku persoalkan keilmuannya. Dia mungkin berilmu dalam bab fiqh tapi itu tak menutup hakikat dia gunakan ceramahnya untuk berkempen politik dan mencipta fitnah.
Aku tak tahu bagaimana Azhar ini boleh dibetulkan kerana dia enggan mengaku salah manakala walaun pula sanggup bersekongkol dengan kemungkaran.
Cara terbaik hanya menasihatkan keluarga agar tidak terus percaya apa yang Azhar katakan bagi mengelak terjerumus dalam fitnah yang dicipta. Guane boh?
Raja Gelap II
.