KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG TENTANG PENGAMPUNAN NAJIB RAZAK





ADRIAN LIM CHEE AN

(Sekiranya benar Najib diberi pengampunan, dan ada yang nak berbincang / persetujui / cabar keputusan Agong, ataupun nak sokong / salahkan kerajaan ke apa……….)

Pada bulan Februari tahun 2020, kuasa YDPA untuk memberi pengampunan kepada Anwar Ibrahim telah dibangkitkan, dipersoalkan dan dicabar sampai ke peringkat mahkamah.

Pihak yang membawa kes tersebut telah meminta mahkamah mengisytihar sama ada pengampunan Anwar adalah sah atau tidak sah, kerana menurut pencabar tersebut, pengampunan yang diberi oleh Agong perlu disyorkan oleh lembaga pengampunan, tetapi lembaga pengampunan belum pun dibentuk secara sempurna semasa Anwar diberi pengampunan.

Mahkamah telah menjawab sedemikian:

1. Kuasa pengampunan adalah budi bicara Agong seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan

2. Kuasa pengampunan Agong dihakimi oleh mana-mana mahkamah

Dalam memberi penghakiman sedemikian, mahkamah telah memetik beberapa contoh kes mahkamah yang terdahulu, kesemuanya juga tentang kuasa pengampunan Agong.

Dalam kelima-lima kes pengampunan tersebut, mahkamah pun menyatakan perkara yg seumpama.

Dalam bahasa mudah, kuasa pengampunan Agong adalah "suka hati Agong". Mahkamah telah menyatakan berulang kali bahawa apa pun keputusan Agong dalam urusan pengampunan, ianya tidak boleh diubah (ditolak) atau disahkan (dipersetujui) oleh mahkamah.

Mahkamah tidak ada kuasa dan tidak mahu berbicara tentang kuasa budi bicara Agong.

----

Pandangan peribadi:

Tindakan kerajaan mengunci mulut adalah tindakan bijak dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan kerana sebagai pemimpin, keputusan Agong, apa jua keputusan Baginda, siapa-siapa pun tidak boleh persoal atau persetujui.

Agong mengampun Najib? Kerajaan tidak ada kuasa bersetuju atau membantah.

Maka sama ada kerajaan terlibat dalam proses pengampuan terbabit, jawapannya tidak.

Contoh lebih mudah begini.

Korang punya jiran sekarang, nak masak sayur jenis apa untuk makan, bukan hak kau untuk persoal atau persetujui.

Suka hati lah jiran kau nak masak kangkung belacan ke kubis goreng ke apa-apa, ikutlah budi bicara jiran engkau.

 


No comments: