Yang tahu Dajjal mata satu ni, kita muslim. Dan ia berdasarkan hadits baginda Nabi saw. Setahu aku, dalam agama Kristian tak ada dajjal. Ada makhluk mata satu tapi ianya monster, bukan macam yang kita faham (Cyclops dari kepercayaan Greek).
Nostradamus ramal akan datang 3 Antichrist. Dua dah lepas, sedang tunggu yang ketiga. Antichrist ni bawa kemusnahan macam Dajjal juga. Tapi setakat yang aku tahu, Antichrist ni macam manusia biasa. Aku mungkin salah tapi ini berdasarkan pembacaan aku.
Mata satu yang ada pada banyak lambang Amerika Syarikat pula melambangkan 'all-seeing eyes', yang Maha Melihat, yang memerhatikan setiap perbuatan manusia. Bukanlah melambangkan Dajjal juga.
Jadi yang sensitif dengan mata satu ni cuma kita. Memang patut pun kita berwaspada pada si mata satu ni. Tapi bukanlah sampai prejudis hinggakan kalau ada je mata satu, terus kata agenda Dajjal.
Bro, kalau Dajjal tu mudah kita kenal, InsyaAllah tak ramai yang sesat. Masalahnya Dajjal nanti datang dalam bentuk yang manusia mudah percaya. Ramai ingat Dajjal tu warak. Sebab tu ramai yang ikut.
Kalau bimbangkan Dajjal, bukan dengan menuduh semua orang lain tu Dajjal. Sebaliknya jaga amalan kita. Perbanyakkan zikir, bukan banyakkan fitnah. Tingkatkan amalan, bukan tambahkan seranah.
Masalahnya, yang risau dengan godaan Dajjal inilah yang sibuk buat perangai Dajjal. Adu domba, fitnah, hasut perpecahan, tanam syak wasangka termasuk taqlid buta. Nak selamat dari godaan Dajjal macam mana kalau begitu? Guane boh?
Raja Gelap II
.