Mengapa harga beras Siam naik?

 




NIK HASYUDEEN




Laporan ni ada 7 perenggan sahaja

1. Harga beras dunia memuncak ke tahap tertinggi dalam masa 15 tahun disebabkan cuaca dan halangan ekspot

2. Harga beras Siam 5% hancur berada pada harga USD 648 setan, tertinggi semenjak Oktober tahun 2008 dan naik 50% berbanding tahun lepas

3. Kenaikan harga beras boleh menyumbang kepada inflasi

4. Pihak berkuasa di Thailand menyaran petani menanam tanaman yang memerlukan air yang kurang disebabkan cuaca kering El Nino

5. Jumlah hujan terkumpul di kawasan tanaman utama berkurangan sehingga 40% dan kerajaan mahu penanaman dikurangkan bagi mebolehkan air digunakan oleh manusia. Sebelum ini kerajaan menggesa tanaman sekali setahun sahaja.

6. Bulan lepas India menghalang ekspot untuk mempastikan bekalan domestik cukup. Ini menyebabkan pembelian panik dari pelbagai negara.

7. Kenaikan harga akan menambahkan tekanan di dalam pasaran global yang terkesan disebabkan cuaca yang ganas serta kekurangan bekalan bijirin disebabkan peperangan di Ukraine.

Bangkok Post, 9 Ogos 2023.

Orang yang nak merenggek kena ingat pemanasan bumi ini hanyalah di peringkat awal lagi. Saya takut lagi mereka merenggek lagi cepat Allah naikkan suhu.

Sepatutnya kita sama-sama usahakan solusi kerana jika kita sendiri yang tak usahakan untuk menanam padi, siapa yang nak tanamkan? Mengharapkan masalah diselesaikan oleh orang lain ni satu perangai yang dipanaskan oleh media sosial. Ramai orang dijangkiti penyakit “mentaliti mangsa”.

Laporan asal akhbar Siam ni.