TEPU


Semalam PRK Pelangai saksikan BN kekalkan kemenangan. Menang dengan 2,949 undi majoriti. Kalahkan calon PN dan Bebas. 


Ini signal memberansangkan kepada UG. Menang 3-0 setakat ini, selepas PRK Pulai dan Simpang Jeram. Ini di Pelangai pula. Tunjukkan UG makin steady. 


Ada yang kata ini kemenangan besar pada Kerajaan. Sebabnya dulu masa PPBM jadi Kerajaan, mereka kalah teruk juga 2 PRK: Tanjung Piai dan Semenyih. Bersatu tak boleh pertahankan kerusi, walau dalam Kerajaan. 


The fact that UG boleh menang 3-0 pada saya, menunjukkan 3 perkara:


1. Gelombang Hijau sudah tepu dan makin merudum. 

Hanya kuat di negeri utara negara. Tak lut masuk ke selatan. 


2. Politik 3R ini tak sustainable. Pengundi Kelabu sudah buka mata, PN is a bad news kalau keep pushing 3R yang radikal. Makanya walaupun tak berapa berkenan dengan Kerajaan, mereka terpaksa telan. Bagi peluang habiskan penggal. 


3. UMNO pula makin diterima, bilamana rakyat nampak PN pun buat perangai sama. Kes Jana Wibawa, kes anak menantu lari, kes siasatan Peguam PN sakau duit 1MDB. Sakau atau sakau lagi 🤦🏻‍♀️ tunjukkan dalam politik, Penyamun dan Penyakau ada di mana2, rentas parti juga. 


***************************


Pada saya politik Malaysia semakin stabil. Terbantut la langkah Tebuk Atap mereka. No way ada yang berani nak kosongkan kerusi dan ambil risiko buat PRK. Dengan prestasi UG sebegini. 


Ada penyokong PN berbunyi. Walaupun menang, katanya PHBN makin kurang undi. 


Macam ni la brader. Politik ni pada mata pengundi macam Sukan juga. Kalau score 8-7 pun anda tetap kalah. Walau ada 1 score atau 1 undi membezakan. 


Tengokkan KJ dan SH. Depa kalah tipis tapi gentleman. Walau pun di luar mereka tetap sumbang idea membina. Takde la jadi sore loser. 


Why don’t PN be the bigger person. Ucap tahniah dan move on. Cuba lagi penggal depan. 


Bagi kita pengundi biasa, kita harap both Kerajaan dan Pembangkang buat kerja. Satu bangunkan negara. Satu lagi buat semak dan imbang, sebab itu sememangnya kerja mereka. 


Kita pun dah tepu dah nak baca isu politik. Sekarang nak tengok macam mana politikus boleh bekerjasama. Bina semula negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki