SPRM TEMUI LEBIH BANYAK BUKTI TERKAIT RASUAH RADZI JIDIN.

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pelbagai bukti baharu berhubung siasatan rasuah ke atas satu projek Kementerian Pendidikan berkaitan rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata setakat ini pegawai penyiasat masih aktif menyiasat kes berkenaan.

“SPRM menerima banyak bukti baharu dalam masa terdekat ini yang boleh membantu siasatan,” katanya selepas Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56, di Kajang, hari ini.

Ditanya bila bekas menteri pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil SPRM, Azam berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Saya tidak pasti (tarikh Radzi dipanggil) kerana semuanya akan diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan dua individu,termasuk bekas setiausaha politik kepada Radzi.

Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

Ekoran itu, Azam turut mengesahkan bekas Menteri Pendidikan itu dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.




1 comment:

Anonymous said...

Jidin ada maruah. X bersalah. Beza dgn wak. 47 kes. Sokong pelewat terus bebas.