Mat Petir ni tiba-tiba mengaku perjuangan dia pulak bila MOF nak serahkan semula aset kepada Tabung Haji. Perjuangan apanya? Sedangkan dulu dia buat fitnah yang TH jual aset kepada syarikat Cina.
Sekarang ni, dengan kenyataan PMX maka jelaslah aset TH tak dijual kepada syarikat asing sebaliknya kepada syarikat milik kerajaan. Jauh berbeza dari apa yang dia cakap dulu. Boleh dia spin pulak.
Dalam perbicaraan saman fitnah dengan Mujahid pun mahkamah berpendapat yang posting Mujahid bukan fitnah. Bila Dr. Mujahid tak fitnah, bermakna dia yang fitnah. Tapi dasar munafik, dia tukar cerita.
Sekarang ni modal dia, MOF ambil alih aset TH dan pada ketika itu Menteri Kewangan adalah Lim Guan Eng. Jadi kononnya SPV tu milik orang Cina la. Dia tipu walaun tapi dia ingat dia boleh tipu Allah ke?
Dah kalah saman, masih teruskan fitnah. Tak takut hari akhirat ke? Adakah dia yakin depan Allah nanti dia boleh putar belit macam ni? Semoga kita semua dijauhkan dari sifat yang sebegini. Guane boh?
Raja Gelap II
.