PM dijadualkan ke mesyuarat APEC November depan


 Selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78 di New York, Perdana Menteri (PM) sekali lagi dijadualkan akan ke Amerika Syarikat pada November ini.


Bercakap kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Google iaitu antara syarikat 500 Fortune yang ditemui di New York, turut meminta untuk bertemu beliau pada acara APEC tersebut.


APEC yang ditubuhkan pada 1989, merupakan satu forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat di Asia Pasifik.


Tema APEC kali ini adalah 'Creating a Resilient and Sustainable Future for All' (Memcipta Masa Depan Yang Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua).


Selain itu, 21 anggota Ekonomi APEC menyumbang hampir 40 peratus daripada penduduk global atau hampir 50 peratus daripada perdagangan global serta lebih 60 peratus eksport barangan AS.


Negara anggota APEC tersebut adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.


Selain mesyuarat pemimpin APEC, Anwar turut berkata, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden.

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni nama bekas menteri mana pulak yg naik. Muhyiddin dah kena. Mbk dah kena. Tghh dah kena. Jidin dah kena.

Loklak betui bmx. Luar tabii. 47 kes bebas. Bung bebas. Memang cibai.