MAAF LAH ABANG- ABANG ADA TITLE DR KA ? PROFF KA ? KALAU ABANG TAK ADA...ABANG BUAT KONTEN SUDAH. ITU LEBIH MEMADAI. BAIK JADI PROBONO BANG....

 


Beri peluang reformis tarik anak muda sokong Kerajaan Perpaduan




Gerakan Reformasi yang tercetus 25 tahun lalu pada September 1998 terkenal dianggotai majoritinya oleh anak muda di bawah usia 40an.

Malah pada ketika itu terdapat juga pelajar sekolah menengah yang tertarik menyokong Reformasi dan sebahagiannya hari ini telah pun menjadi pimpinan KEADILAN atau Pakatan Harapan

Bagi Presiden Penaja Otai Reformis, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, para reformis yang berpengalaman menarik anak muda untuk turun ke jalan raya dua dekad lalu itu seharusnya digunakan pengalaman mereka bagi menarik minat anak muda hari ini dalam menyokong Kerajaan Perpaduan.

"Saya setuju kalau otai ini diserap masuk (ke badan khas atau NGO). Mereka ini misalnya dikenalpasti oleh NGO, atau badan tertentu yang dibangunkan oleh kerajaan untuk mengenalpasti (keupayaan dan tugas) mereka.

"Kemudian diserap masuk ke dalam bentuk apa sahaja. Di waktu sama, mereka ini harus diberikan peranan mengikut kemampuan masing masing.

"Saya banyak terima teguran dari veteran. Sebahagian penyokong Reformasi adalah veteran tentera. Kenapa tidak mereka ini diserap masuk, kita buat program yang boleh menarik anak muda cintakan negara, semangat patriotisme misalnya. Dulu ada Program Latihan Khidmat Negara (untuk patriotisme), ubahsuai macam mana bentuknya supaya otai Reformasi ini boleh berperanan," katanya kepada Suara Keadilan.



Tegas Mustapha Mansur, kepakaran reformis yang kini bergabung di bawah lebih 20 persatuan boleh digunakan bagi memberi penerangan atau melawan berita palsu di peringkat bawahan kerana mereka adalah rakyat biasa yang mempunyai kebolehan menyebar agenda Reformasi menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim selama 25 tahun."Cara macam macam boleh dilakukan. Kalau mahir media cara media, kalau dengan latihan ketenteraan untuk semangat patriotisme lantik mereka yang mahir (sebagai pelatih)

"Reformis ini kalau betul caranya, kita ada puluhan ribu orang yang boleh kita tarik bersama sama membuat kerja amal.

"Kita siapkan tempat, siapkan wacana. Pada waktu sama kita programkan untuk menarik seramai mungkin anak muda.

"Mungkin tidak sesuai dengan cara kita dulu tetapi dengan kepakaran yang ada itu, digembleng untuk tarik anak muda dengan cara baharu.

"Atau tubuh pasukan melawan fitnah, macam Mapim buat Sekretariat Anti Fitnah. Itu satu inisiatif yang baik," katanya lagi.

Aktivis reformis sejak dua dekad lalu terkenal sebagai jentera sebaran am yang ampuh menyebar luas agenda Reformasi kepada rakyat Malaysia.

Khidmat mereka begitu penting menjelang pilihanraya untuk mengedar risalah, mengadakan ceramah kelompok dan menjadi perayu undi.

Skil tersebut berguna sekiranya diolah untuk menarik minat generasi muda menyokong agenda kerajaan.