Siapa bakal Presiden Indonesia selepas Jokowi.ADAKAH GANJAR PRONOWO ?






NORMAN RADZUAN



SAYA PILIH GANJAR PRONOWO BUKAN PRABOWO

Pada tahun 2012 saya pernah meramalkan Jokowi bakal menjadi Presiden Indonesia berdasarkan polulariti dan pemikirannya. Saya ketika itu tertarik dgn ucapan Jokowi…Jakarta bandaraya sakit.

Akhirnya bila menjadi Presiden beliau memindahkan pusat pentadbiran Indonesia ke Kalimantan, Borneo. Kehebatan Jokowi sgt dirasai sepanjang pentadbiran beliau sejak 2014 hingga sekarang.

Saya byk juga mendapat maklumat Jokowi daripada pekerja saya warga Indonesia ketika itu. Anda mesti tahu di Indonesia walaupun hanya seorang supir tetapi jika bicara politik cara pemikiran mereka seperti seorang profesor.

Persoalannya sekarang siapa bakal menggantikan Presiden yg ada? Pada pilihanraya yg lalu, Prabowo hampir memenangi kerusi Presiden akhirnya dilantik menjadi Menteri Pertahanan negara itu.

Prabowo bagaimanapun dikritik oleh penganalisa politik tempatan kerana dia menggunakan parti dan persatuan agama utk menarik undi. Sdgkan kata mereka gaya kehidupan Prabowo bukan ke arah Islamik.

———————————————————————————-

Indonesia memerlukan pemimpin yg karismatik dan mempunyai idealogi yg hebat sekurang kurangnya seperti Bapa Jokowi.

Jadi saya memilih siapa? Saya m memilih seorang lelaki yg bernama Ganjar Pranowo yg baru berumur 54 tahun. Mendapat pendidikan Jurusan Undang2 di Universiti Gajah Mada. Beliau skg memegang jawatan Gabenor Jawa Tengah.

Berdasarkan video2 yg saya tonton dan pembacaan artikel mengenai dirinya… Ganjar sgt disayangi dan disebut2 sebagai Jokowi 2.

Ganjar selain seorang ahli politik yg bijak bergaul dgn masyarakat dan berpendidikan tinggi, beliau juga dikatakan mempunyai bonus pakej kerana ketampanan dan ketinggiannya yg membuat ramai wanita atau ibu2 menggilainya.

Kita tunggu masa dan ketikanya.

No comments: