BAGI PUN TAK GUNA. BELI KETA NAIK GAJI EXCO. GAGAL MENGURUS. ISLEY LA SANGAT.

 



Hari ini di Kelantan pihak media bertanya tentang isu keperluan peruntukan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.


Saya mengingatkan mereka tentang jawapan Menteri Alam Sekitar dan Air ketika itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika saya bertanya di Parlimen tentang punca masalah bekalan air di Kelantan pada 2022:


"...masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik-tolak daripada kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan AKSB yang tidak mampan."


Justeru menyalurkan wang semata-mata tanpa mereformasikan tadbir urus AKSB tidak akan selesaikan isu air Kelantan.


Kami di Kerajaan Pusat memberikan komitmen untuk membantu Kerajaan Negeri selesaikan isu air, tapi mereka harus tunjukkan komitmen selesaikan isu tadbir urus.