Waktu DS Anwar dipecat daripada UMNO secara salah oleh Mahathir
dulu, terlahir Parti Keadilan Nasional. Parti ini dasarnya berbeza sama sekali
dengan UMNO terutama pada keahlian yang mana keADILan mengambil ahli dari semua
kaum.
Berbeza dengan Mahathir. Dia bukan dipecat tetapi meninggalkan
parti apabila cakapnya tak didengar lagi. Kemudian dia tubuhkan Parti Peribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dasarnya serupa dengan UMNO. Target parti ini
juga ahli UMNO.
Selepas itu sekali lagi Mahathir keluar tinggalkan partinya dan
tubuhkan Pejuang yang punyai dasar sama dengan UMNO dan Bersatu. Parti untuk
orang Melayu lagi. Target parti ini juga ahli UMNO dan ahli Bersatu. Tiada
bezanya antara tiga parti ini.
Sekali lagi Mahathir merajuk apa bila suaranya tidak didengari.
Dia tinggalkan Pejuang pula. Kali ini dia tak tubuhkan parti baharu. Dia sertai
parti Putra yang mana founder parti tersebut, Ibrahim Ali akui partinya guna
perlembagaan UMNO yang asal.
Terbaharu, dia buat pula Proklamasi Melayu. Konon nak seru orang
Melayu bersatu. Kononnya tak mahu Melayu berpecah. Tapi macam yang aku tulis
atas tadi, yang paling banyak pecahkan orang Melayu ni sebenarnya Mahathir.
Dialah yang kecilkan UMNO.
Jangan lupa tahun 1986 (tak silap aku) Mahathir juga jadi punca
perpecahan kedua UMNO apabila pertelagahan dia dengan Tengku Razaleigh ketika
pemilihan agung menyebabkan terlahirnya Parti Melayu Semangat 46.
Perpecahan UMNO yang pertama pula dipuncakan oleh PAS. Nampak?
Kalau nak cerita perpecahan orang Melayu ni, kita nampak berpunca daripada
Mahathir dan PAS. Dengan 80% dari punca-punca tersebut datangnya daripada
Mahathir.
Hari ini, Mahathir dan PAS bercakap soal perpaduan orang Melayu.
Macam biawak ajar ayam cara untuk jaga telur. Sedangkan biawaklah yang selalu
curi telur ayam. Itu pun masih lagi ada yang nak percaya kepada mereka.
Kasihan... Guane boh?