MASA SESUAI SAMAN HADI AWANG. MERAPU LEBIH SANGAT.

 

BUKTIKAN SAYA KOMUNIS.KIT SIANG CABAR HADI AWANG.



Veteran DAP Lim Kit Siang meminta Presiden PAS Hadi Awang mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai kaitan dengan komunisme.

Lim berkata, jika dakwaan Hadi itu benar, beliau sudah ditangkap oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengikut undang-undang keselamatan semasa Perikatan Nasional (PN) berkuasa dari 2020 hingga 2022.

“Saya tidak pernah menjadi seorang komunis, tetapi Hadi berkeras bahawa saya seorang komunis. Bilakah dia menyedari perkara ini?” soal Lim dalam kenyataan.

“Tetapi, seorang komunis bukanlah jelmaan syaitan, seperti yang Hadi patut sedar di mana perjanjian keamanan antara Arab Saudi dan Iran dibentuk oleh seorang komunis – Xi Jinping, Presiden Komunis China.”

Hadi dalam kenyataannya yang diterbitkan HarakahDaily semalam berkata, setelah komunis tiada tempat untuk bersembunyi dalam hutan rimba, “maka bersembunyilah mereka dalam DAP”.

Menamakan Lim, Hadi berkata, DAP tidak mengubah pendirian “Malaysian Malaysia” apabila parti itu secara terbuka mempertahankan sekularisme walaupun Islam agama rasmi negara.

“Dulu PAS bertahaluf (membuat perjanjian) dengan DAP dan bersama parti-parti lain dalam gagasan pembangkang berkonsepkan titik persamaan kemanusiaan yang tidak menyentuh dasar parti dan tidak terpesong hala tujunya,” katanya.

Lim menjawab hari ini dengan berkata, DAP membantu PAS ketika Darurat Kelantan 1977 apabila kedua-dua parti bersetuju bahawa keutamaan mereka adalah membasmi kemiskinan, kezaliman dan rasuah walaupun mempunyai perbezaan lain.

Selepas PRU15, (Hadi) menuduh DAP mempromosikan Islamofobia. Sudah lima bulan berlalu sejak tuduhan tidak masuk akal ini dibuat dan beliau masih gagal memberikan sebarang bukti untuk tuduhan liar ini,” kata Lim, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri,

Bagaimanapun, Lim berkata, beliau tiada “kata-kata yang keras” buat Hadi.

“Saya tidak tahu mengapa Hadi memilih Hari Raya Aidilfitri untuk melancarkan serangannya terhadap DAP dan saya,” kata Lim.

“Walaupun dengan segala persepsi yang salah dan palsu terhadap DAP dan saya, saya tidak ada sebarang kata-kata keras untuk Hadi dan saya ucapkan kepada Hadi dan PAS, ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!’”

Sumber – https://www.freemalaysi


No comments: