TIADA NIAT LAIN SELAIN DARI JAJA MERATA-RATA NIAT UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN




Apabila ada peluang untuk bersama kerajaan perpaduan, dia tolak. Apabila ada peluang untuk jadi Ketua Pembangkang bagi membawa isu2 rakyat, pun dia tolak. Apabila diminta hadir ke Parlimen untuk membawa amanah rakyat, kerap ponteng. Itulah lebai Hadi.

Datang parlimen untuk bahas bajet, dia tidak memperincikan soal2 bajet dan isu2 rakyat seperti yang sepatutnya. Dia berleter dan merungut berucap tentang tebuk atap, atap bocor dan dinding pecah. Sesekali dia baca ayat Alquran dan hadis, ditafsirkannya ikut kepentingan politik dia dan dikaitkan dengan sentimen kaum dan agama. Itulah standard lebai Hadi. Terlalu jauh beza kualiti ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Nor sewaktu Almarhum menjadi Presiden Pas dan Ketua Pembangkang dahulu. Sebab itu, diwaktu Almarhum Us Fadzil Nor berucap dalam parlimen dahulu, semua MP tekun mendengarnya termasuk dari blok kerajaan. Tapi, bila lebai Hadi berucap semalam, dia berleter di hadapan kerusi kosong. Tiada sesiapa berminat untuk mendengar hikayat "tebuk atap dan dinding pecah" kerana kisah bodoh itu tidak sedikit pun menyelesaikan masalah rakyat.

Hari ini, dia bercakap di luar parlimen lagi tentang hajat dan cita2nya untuk melihat kerajaan perpaduan ini tumbang. Sekali lagi dia yakin bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini tidak lama. Begitu yakinnya beliau sepertimana yakinnya dia ketika menjerit "Sudoh cukup jumlohh..melebihi dari cukup...!" sejurus keputusan PRU15 yang lalu. Itulah Hadi Marang.

Bagaimana rakyat mahu terima parti yang kononnya ingin membawa perjuangan Islam jika ada pemimpinnya yang tidak pernah tunduk dan tawadhuk. Sombong, ego dan niat jahat sentiasa dipamerkan. Dia tidak peduli titah Tuanku yang mahu melihat negara ini stabil selepas pilihanraya. Baginya, hidup dan matinya mesti berpolitik untuk jatuhkan orang lain asalkan dia dapat keuntungan. Dia tidak puas lagi makan gaji buta sebagai duta khas timur tengah gamaknya.

Saya ingin ingatkan Hadi, tidak semudah itu kamu mahu khianati rakyat sepertimana yang pernah kamu lakukan dulu. Kami dari pejuang2 akar umbi yang tidak dikenali ini akan berada di hadapan kerajaan perpaduan ini bagi berdepan dengan kamu. Ini sumpah kami.

WFAUZDIN NS

 

No comments: