Pemuda AMANAH memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik semula gelaran 'Tan Sri' yang dianugerahkan kepada Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang pada 2021.
Naib Ketua Pemuda AMANAH, Abbas Azmi, berkata tindakan Hadi yang juga Presiden PAS mengakui ada usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai biadap dan tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.