SILA JAWAB BILA BERI PROJEK BILLION PADA MENANTU

 

NORMAN RADZUAN




Muhyiddin kena jawab isu projek billion pada menantu

ISMAIL BAYAR RM 136k, YANG PERCUMA DIBISING?

Pelik di Malaysia ini… RM136,000 sebulan, Ismail Sabri bayar penasihat2 nya tidak Muhyiddin tegur tetapi Anwar ambil anak bekerja tanpa gaji Muhyiddin bising.

Baik kita boleh tukar Izzah tapi penasihat baru PMX nanti Muhyiddin yg tolong bayarkan sebab PMX tidak mahu membazir wang rakyat.

Muhyiddin suka style dia dulu scheme of things guna wang rakyat ratus juta lantik berpuluh Menteri utk raih sokongan. Kerajaan Perpaduan Anwar ini bila tiada kes rasuah nak dicungkil atau dijadikan isu.. jadi bila PMX nak menjimatkan belanja wang rakyat dijadikan isu.

Muhyiddin kena jawab isu yg pernah dibangkitkan oleh Lokman Adam yg mendakwa menantunya ketika Muhyiddin PM Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion.

SYARIKAT Iris Information Technology (Iris) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan menerima projek daripada kerajaan bernilai RM1.16 bilion.

Persoalan kemungkinan wujud rundingan terus atau amalan kroni timbul apabila syarikat S5 itu didakwa mempunyai kaitan dengan menantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dakwaan timbul apabila penganugerahan projek kepada Iris melalui rundingan dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat berkuat kuasa.

“Siapa punya, kalau tanya S5 ini, semua orang kenal, menantu Muhyiddin Yassin yg bernama Adlan Berhan, mempunyai kaitan dgn syarikat ini.

“Projeknya taklah sebanyak seperti mana peniaga-peniaga kecil perolehi, cuma RM1.16 bilion sahaja, tak banyak.

“Ini memang biasalah, untuk anak Perdana Menteri, menantu Perdana Menteri.. memang kira bahagian-bahagian mereka.. halal, tak ada yang haram, haram jadah sahaja.

“Inilah akibatnya kenapa mereka hendak sangat supaya darurat diisytiharkan kerana kita tak boleh langsung hendak pertikaikan apa projek hendak diberi kepada anak atau menantunya,” ujar Lokman Adam.

Kita berharap Muhyiddin jawab dahulu isu yg pernah dibangkitkan Lokman Adam ini. Agaknya dia takut Izzah buka file2 mereka di MOF tu.

 

No comments: