AKU HARAP WANITA UMNO PERLU LEBIH BIJAK- TAK PASAL PASAL KISAH LEMBU TIDOQ DALAM KONDO MUNCUL KEMBALI

 

147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali terajui Wanita UMNO

Astro Awani
147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali terajui Wanita UMNO
Menurut Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat (foto) baru-baru ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lebih separuh Ketua Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara menggesa agar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.
Menurut Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.
Haryaty berkata reputasi dan legasi Shahrizat semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkannya.
“Sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian, saya bersama 147 ketua wanita bahagian-bahagian seluruh negara telah berjumpa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara bersemuka.
"Sebahagian besar kami telah membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta Tan Sri Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.
"Secara peribadi, saya tidak pernah berada di bawah kepimpinan beliau semasa beliau memimpin wanita UMNO, namun reputasi dan legasi semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan.
"Beliau sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita di luar sana," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Haryaty menegaskan, penolakan perwakilan-perwakilan Wanita ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini terhadap usul agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan membuktikan akar umbi sayap parti itu mahukan kepimpinan baharu.
“Kegagalan usul ini membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baru. Biarpun terdapat cubaan mengekalkan kepimpinan sedia ada tanpa pertandingan, namun ia tidak berjaya.
"Melalui proses demokrasi nanti akan menyaksikan sama ada Shahrizat sebenarnya dirindui dan didambakan untuk memimpin wanita.
"Beliau seperti mutiara yang telah lama tersimpan dan akan kembali menyinar bagi membawa kegemilangan wanita semula,” katanya lagi.
Pemilihan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan bermula pada 1 hingga 26 Februari. Manakala, peringkat bahagian dan pusat pada 11 Mac 2023 untuk wanita dan sayap-sayap, sementara UMNO Bahagian pada 18 Mac 2023.
Penyandang jawatan tersebut yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad telah memaklumkan akan mempertahankan jawatannya.
Selain Noraini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim juga dikhabarkan akan memberi saingan pada pemilihan Wanita UMNO nanti.

No comments: