ADRIAN LIM CHEE EN
“PENCETUS UMMAH”
PU Syed (Syed Mohd Bakri Benyahya), pemenang Pencetus Ummah
musim ketiga (tahun 2015) telah memuatnaik sekeping gambar mendakwa KONONNYA
terdapat perarakan hidupkan komunis.
(Pautan: https://www.instagram.com/p/Co4Y8prJ5x2/?igshid=YmMyMTA2M2Y=)
Melalui semakan yang dibuat, gambar-gambar yang dimuatnaik oleh
PU Syed adalah gambar-gambar pameran seni sempena Penang Georgetown Festival
tahun 2018.
Pameran yang berjudul “Blind” (Buta) itu telah dipersembah oleh
“Desvio Coletivo”, sebuah rangkaian artis teater dari Brazil.
(Laman web Desvio Coletivo: https://www.desviocoletivo.com.br/blind)
Pameran seni ini bukan sahaja dibuat di Pulau Pinang (Malaysia),
tetapi juga di Rio De Janeiro (Brazil), New York (Amerika Syarikat), Amsterdam
(Bekanda), Paris (Perancis), Funchal (Portugal), San Jose (Costa Rica),
Barcelona (Sepanyol) dan sebagainya.
Melalui pameran ini, para artis akan memakai sut seperti seorang
“Business Executive”, membawa telefon bimbit, beg kerja dan dokumen.
Apa yang menonjol ialah para peserta akan diselaputi dengan
tanah liat sambil berjalan di sekitar bandar seperti yang diluluskan oleh pihak
berkuasa.
Menurut Desvio Coletivo, pameran seni ini dibuat untuk mencetus
perbincangan dalam kalangan orang ramai berkenaan isu-isu semasa seperti isu
ekonomi dan sebagainya.
Sebagai contoh, di New York, pameran tersebut dibuat untuk
membincang perbezaan kelas sosio-ekonomi di antara rakyat marhaen dan
institusi-institusi kewangan gergasi.
Ianya TIADA KENA MENGENA DENGAN KEBANGKITAN KOMUNIS seperti yang
didakwa oleh PU Syed.
Mohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (
Royal Malaysia Police ) menyiasat pertuduhan yang dibuat oleh PU
Syed.
Lampiran tambahan ~
Berita: https://www.thestar.com.my/.../blind-helps-people-see.../
Gambar: https://www.facebook.com/100000041216605/posts/2083945314950155/?mibextid=q5o4bk
Video: https://youtu.be/kLcWN4t2q-8