MAHATHIR KEMURUNGAN DAN TIDAK LAGI DIPEDULIKAN.

 Daripada DrPuad Zarkashi 


MAHATHIR KEMURUNGAN


Tun M kini kemurungan meninggalkan politik. Dia jatuh politik dengan penuh kehinaan. Dia hilang deposit. Dia hilang penyokong die hard. Parti Pejuang sedang menghampiri kematian.


Legasinya tidak lagi dihormati. Legasi barunya ialah Perdana Menteri yang kuat mencampuri urusan mahkamah, pengamal pendakwaan politik dan pengamal KKN tegar.


KKN ialah korupsi, kolusi dan nepotisme. Tun Daim adalah contoh kroni utamanya. Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang sanggup buat apa sahaja termasuk jual Pulau Batu Puteh. 


Bukan sahaja UMNO sanggup diharamkan pada tahun 1988, tetapi dijatuhkan sendiri oleh beliau pada tahun 2018. Cuma dia gagal membunuh UMNO. Sebab itu Tun M tambah murung.


Kini tidurnya terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat, dipenjara dan jadi PM tepi kini jadi PM ke 10. Zahid yang didakwa dengan pulohan pertuduhan kini jadi TPM dan kekal Presiden UMNO.


Sudah tentu duka laranya meningkat kerana Najib yang dia penjarakan tidak murung, kekal disanjung dan boleh menjadi kawan politik yang dipercayai bila bebas nanti. 


Mahathir pula walaupun hidup bebas, tetapi terpenjara dengan kemurungan. Status dia adalah “negarawan” semakin pudar.


Pelawaannya untuk jadi rakan kongsi politik tidak lagi disahut. Dia perosak kestabilan dan “trust” politik di Malaysia. “Never ever trust Mahathir”.



No comments: