SEMALAM JUGA DSAI JUMPA PENIAGA PENIAGA KECIL. KINI JUMPA DBKL. KENA BAMBOO LA KALAU DOK KACAU YANG TAK SEPATUTNYA PENIAGA PM lawat DBKL, jumpa Ahli Parlimen Kuala Lumpur


Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pertemuan terbabit berlangsung di Menara 1 DBKL, Kuala Lumpur dan menjadi lawatan kerja pertama Anwar ke ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri. Berdasarkan maklumat awal, Perdana Menteri hadir bagi mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL, yang diadakan secara tertutup. Selepas mesyuarat itu, Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur di lokasi sama, juga secara tertutup. Antara Ahli Parlimen yang dilihat tiba di Menara 1 DBKL adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak), Tan Kok Wai (Cheras) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang). Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Menara 1 DBKL pada jam 9 pagi dan disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah. Kehadiran beliau turut disambut kira-kira 100 warga DBKL.

No comments: