RAMAI GURU SEKOLAH DI TERENGGANU BERKEMPEN UTK PAS DLM PRU15



Saya telah mendapat maklum dari beberapa orang ibubapa bahawa terdapat beberapa orang guru telah berkempen untuk PAS  antaranya berkempen seperti berikut:-


1) Memberitahu murid-murid supaya ibubapa undi PAS dengan alasan antaranya:


a. Jika Pakatan Harapan (PH) perintah Malaysia  murid dipaksa pakai skrit


b. Azan tidak dibenarkan


c. Anwar pro cina, boneka Dap


d. Anwar agen yahudi dan kristian


e. Gaji kakitangan kerajaan akan dipotong


f. Kristian dijadikan agama rasmi


g. Majlis Perbandaran/Majlis Daerah akan diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan atas desakan Dap


h. Bantuan sekolah akan dihapuskan


i. Anwar Ibrahim perangai kurang baik


j. Anwar akan menyekat akitiviti dakwah


k. Anwar tidak akan menolong orang-orang melayu


Oleh itu saya menyeru dan merayu kepada Menteri Pendidikan yang baru dibawah Kerajaan Perpaduan sila buat siasatan dan pemantuan.Ambil  tindakan segera dan kenalpasti guru-guru yang menjadi talibarut kepada Pas dikenalpasti mulai sekarang.


Jangan gunakan jawatan  sebagai guru cuba mempengaruhi murid-murid supaya benci PH dan Anwar Ibrahim. Saya berharap Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu  dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pengetua/Guru Besar sila nasihat dan pantau kegiatan guru-guru tertentu supaya jangan berkempen untuk Pas.Kalau hendak sokong Pas pun jangan menghasut murid-murid.


Perbuatan yang tidak bertanggungjawab akhirnya bocor juga. Kerajaan Perpaduan nasihatkan guru berkenaan dan bertindak mulai sekarang. 


Kita bukan mengugut dan berdendam tetapi sikap guru yang tidak mengamalkan demokrasi  secara sihat perlu dihentikan secepat mungkin. Saya boleh senarai nama guru dan di  sekolah mana  mereka mengajar dan berkempen untuk Pas.


Pilihanraya Kecil Negeri (PRN) pada tahun 2023 akan diadakan

 Sudah pasti guru-guru Penyokong kuat Pas di Terengganu sekali lagi akan berperanan dan berkempen supaya ibubapa murid-murid pengundi Pas.


Jika perlu guru-guru berkenaan perlu diambil tindakan segera termasuk menukarkan mereka ke sekolah-sekolah di luar Terengganu.


Fikir-fikirlah wahai Menteri Pendidikan supaya guru tidak terjebak dalam politik yang kurang sihat.


Tk

Oleh: Ibubapa Murid pro PH di Terengganu

.

No comments: