10 Disember 2022
Sudah terjawab teka teki sebelum ini berhubung siapakah yang
akan dipilih oleh Perikatan Nasional sebagai Ketua Pembangkang.
Pelantikan Setiausaha Agong Bersatu, Hamzah Zainuddin secara
tidak langsung menunjukkan PAS, parti yang mempunyai jumlah kerusi terbesar
dalam Perikatan Nasional, ketandusan pemimpin berkualiti bagi mengisi
tanggungjawab terbabit.
Setelah lebih 50 tahun wujud, PAS sepatutnya mampu menunjukkan
kepada rakyat bahawa mereka boleh membawa ke depan seorang pemimpin dari parti
mereka bagi mengetuai barisan pembangkang.
Pelantikan Ketua Pembangkang dari PAS juga dapat menonjolkan
imej Kepimpinan Ulama dalam negara.
Ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa agenda PAS untuk
mendirikan sebuah negara Islam versi mereka, dapat terlihat secara hakiki.
Namun pelantikan Hamzah Zainuddin telah menutup peluang PAS
untuk membuktikan perkara tersebut, sekaligus menjadi bukti ketandusan pemimpin
berkaliber dari parti ini.
Pemuda AMANAH Terengganu mengucapkan jutaan tahniah kepada
Setiausaha Agong Bersatu, Dato Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua pembangkang
dari Perikatan Nasional.
Zamir Ghazali
Ketua Pemuda AMANAH Terengganu