HILANG PADANG SERAI DAPAT SABAH

 

Bersatu Sabah lumpuh, Hajiji dan pemimpin lain tinggalkan parti.



Hajiji Noor bersama pemimpin Bersatu Sabah yang lain pada majlis di
 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu malam tadi.

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor.

Menerusi kenyataan hari ini, Hajiji berkata keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan parti adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.

Jelas beliau lagi, di peringkat persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan negeri ditunjangi oleh GRS dan Barisan Nasional (GRS-BN) juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” katanya.

No comments: