KAH..KAH..KAH..PENYELESAIAN KONKRIT BILA DAPAT RATUS DOLLAR ...KAH....KAH- UNGGAS UNGGAS PULAK DAH....ADAKAH ITU BUKAN FORMULA ATAU BATU KONKRIT ?

 

Rakyat tak perlukan ‘raja formula’ tetapi penyelesaian konkrit, Zahid bidas Rafizi



Zahid Hamidi berkata rakyat tidak memerlukan solusi kepada permasalahan dan tidak kisah tentang formula Rafizi Ramli. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Rakyat tidak memerlukan “raja formula” sebaliknya penyelesaian konkrit bagi menangani kos sara hidup dan isu sekuriti makanan negara, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu membidas kenyataan Rafizi Ramli yang memperlekehkan cadangan parti terbabit menubuhkan Lembaga Unggas Kebangsaan dan pada masa sama bekas ahli Parlimen Pandan itu pula mencadangkan badan khas untuk menguruskan risiko gangguan bekalan makanan.

“Beliau katakan cadangan tersebut akan membazir wang rakyat dan menambah lagi karenah birokrasi. Tapi beliau sendiri pula mencadangkan untuk mewujudkan satu badan bebas untuk menguruskan risiko gangguan bekalan makanan.

“Tidakkah itu akan menambah lagi birokrasi dan sedikit sebanyak menggunakan wang rakyat?” soalnya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Zahid berkata, ia bukan kali pertama bakal timbalan presiden PKR itu memberikan cadangan atau kritikan yang ‘self contradictory’.

“Kita semua masih ingat siapa Rafizi dan bermacam dakyah penipuan yang ditaburkan kepada rakyat sejak PRU13 lagi melalui kempen ‘Bina Semula Negara’ beliau.

“Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan mereka. Rakyat tidak kisah tentang formula. Terutama sekali formula daripada Rafizi bersama PH sendiri tumbang selepas 22 bulan,” katanya.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam mencadangkan kerajaan mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi menyelesaikan isu berkaitan bekalan ayam supaya ia dapat ditangani secara menyeluruh.

Ia termasuk menyelesaikan isu daripada aspek pengeluaran anak ayam, kos penternakan dan dedak supaya ia tidak mudah dimanipulasi pihak kartel berkepentingan.

Namun, cadangan itu mengundang kritikan Rafizi yang menyifatkan penubuhan sebuah lembaga kebangsaan bagi menangani isu terbabit sebagai satu jenaka.

“Idea Umno untuk menangani masalah kenaikan kos makanan dan sara hidup ialah dengan menubuhkan Lembaga Unggas Kebangsaan. Selepas ini apabila harga kambing pula naik, Umno akan menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan.

“Akhirnya, tindakan ini hanya menambah bebanan kewangan kepada rakyat yang terus menanggung gaji, elaun dan belanja ahli-ahli politik dari parti-parti mereka yang dilantik untuk menjadi bos kepada lembaga ayam, lembaga kambing dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

No comments: