MEREKA BUKAN NAK KISAH RAKYAT BOLEH HIDUP ATAU TIDAK- MEREKA MEREKA MAKAN RASUAH KUAT

 

Kenaikan elaun pengerusi, pengarah FGV tak sensitif derita rakyat




Menurut notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini, elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif dinaikkan mulai 24 Jun 2022.

PETALING JAYA: Keputusan menaikkan elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) adalah keputusan terburu-buru dan tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, perkara itu akan menyebabkan kemarahan warga peneroka memandangkan pegangan Felda kepada FGV adalah 80%.

“Dikala rakyat termasuk warga Felda terkesan dengan kos sara hidup, kenaikan harga barang dan mulai 1 Julai subsidi minyak masak, ayam dan telur ayam ditarik, keputusan ini terburu-buru dan tidak sensitif dengan beban ditanggung rakyat.

“Hampir 70% warga Felda adalah Generasi Baharu Felda kerana ibu bapa (peneroka asal) telah meninggal dunia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Meskipun harga sawit stabil ketika ini, tapi pendapatan diagihkan sesama adik beradik. Jika kebun dalam proses tanam semula dan pokok sawit tua, berapa sangat hasil diterima setiap bulan,” katanya kepada FMT.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan keuntungan dicapai FGV susulan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran global hasil dedikasi kakitangan.

Namun, katanya, ia tidak bermakna elaun jawatan berkenaan perlu dinaikkan.

“Keuntungan FGV pun sebahagian besarnya disumbang kesan kenaikan harga sawit kebelakangan ini dari krisis dunia. Apakah jaminan kestabilan harga komoditi sawit boleh dipertahankan? Walhal kita sedia maklum turun naik harga sawit sentiasa berlaku sejak sekian lama,” katanya.

Sehubungan itu, Mazlan menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan AGM FGV dengan mengambil kira kedudukan ekonomi negara.

Beliau juga menggesa kerajaan mengutamakan Pelan Pemilihan Felda seperti kandungan kertas putih yang dibentang April 2019.

Baru-baru ini dilaporkan elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini, antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam mesyuarat AGM syarikat itu.

Menurut notis AGM itu, elaun pengerusi bukan eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh setahun, bermula 24 Jun 2022 hingga AGM akan datang.

Imbuhan pengarah bukan eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.

No comments: