GENG KATAK CUBA SABOTAJ RUU ANTI LOMPAT PARTI SEBAB TAKUT PATAH KAKI*




*GENG KATAK CUBA SABOTAJ RUU ANTI LOMPAT PARTI SEBAB TAKUT PATAH KAKI*


- Saya sudah mendengar pelbagai polemik mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ini sejak hampir setahun lalu lagi.


- Pada awal cadangannya, ramai pihak terutamanya ahli-ahli politik begitu beriya-iya menyokong RUU ini dengan harapan mahu membendung MP-MP melompat parti dan mengelakkan pengkhianatan terhadap mandat rakyat serta parti.


- Masing-masing bersemangat beri kenyataan. Ada yang menyokong penuh, ada yang mahu disegerakan dan tak kurang juga yang 'claim' mereka kononnya sudah lama memperjuangkan RUU Anti Lompat Parti ini.


- Namun bila proses perundangan ini mula dirangka dan mahu dibentangkan di Parlimen, tiba-tiba pula macam banyak halangan. Macam susah sangat nak dibentangkan. Macam ada cubaan untuk menangguhkan atau mensabotaj perbentangan RUU Anti Lompat Parti ini.


- Kemelut ini diakui sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Facebook beliau. “Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” kata Zahid.


- Kenapa Zahid cakap begitu? Kerana UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas.


- Anda rasa siapakah yang cuba mensabotaj pembentangan, kelulusan dan pelaksanaan RUU Anti Lompat Parti ini? Mestilah katak-katak yang sebelum ini begitu ghairah bertukar parti demi menjaga kepentingan mereka.


- Geng katak seperti bekas MP-MP UMNO yang melompat ke Bersatu selepas BN tewas pada PRU14 lalu, mula takut kalau RUU ini sudah diluluskan peluang mereka untuk lompat ke parti lain tak ada lagi.


- Sebenarnya ramai katak-katak dalam Bersatu itu risau dan takut tentang masa depan politik mereka selepas PRU15 nanti. Mereka tahu Bersatu tak akan menang dalam PRU15 dan hanya akan jadi sebuah parti yang hidup segan, mati tak mahu.


- Bersatu hidup dulu pun sebab Mahathir dan katak UMNO seperti Muhyiddin sekongkol dengan PH jatuhkan BN. 


- Muhyiddin pun jadi PM pasal UMNO tolong angkat dia dan akhirnya sampai cita-citanya nak jadi PM. Maka dapatlah Bersatu sambung nyawa balik. 


- Sekarang bila Muhyiddin suddah tak jadi PM , prospek Bersatu makin malap dan geng katak mulalah resah. 


- Tambah lagi apabila, saksi dalam kes Zahid mendedahkan dalam mahkamah semalam, bahawa Muhyiddin ketika menjadi Menteri Dalam Negeri pada turut menerima imbuhan sebanyak RM1.3 juta dari projek Visa Luar Negara (VLN)! Lagilah buat Bersatu patah kaki dan terduduk.


- Jadi mereka sudah ada niat dan pelan untuk lompat parti, tinggalkan Bersatu untuk masuk semula UMNO atau mencari parti-parti lain. Memang peel katak, bila satu kolam sudah kering, ia akan cari kolam lain untuk lompat dan untuk hidup. 


- Begitu juga katak politik, bila parti yang mereka sertai itu sudah tak boleh beri manfaat kepada kepentingan diri dan kuasa, mereka akan cari parti lain untuk mereka terus hidup. Macam yang YB Zuraida buat tu.


- Saya dapat tahu, bukan hanya katak-katak politik dalam Bersatu saja yang nak sabotaj RUU Anti Lompat Parti ini, ada juga dalam kalangan MP BN ketika ini yang bernada musuh politik UMNO juga mahu sabotaj RUU dengan harapan mereka dapat terus bekerjasama dengan sekutu mereka yang melompat parti.


- Sebab itulah bila kita ikuti perkembangan mengenai RUU ini, hanya pemimpin-pemimpin dari UMNO saja yang benar-benar menyokong pembentangan RUU ini. Pemimpin-pemimpin katak dalam Bersatu dan sebahagian pemimpin UMNO yang bersekutu dengan mereka seperti kunci mulut. Tak mahu bercakap dan tak mahu komen banyak. Pemimpin PH dan Pas pula hanya suam-suam kuku saja bercerita pasal RUU ini.


- Mereka takut kalau RUU ini sudah jadi undang-undang, katak-katak ini akan patah kaki dan tak boleh melompat lagi. Padan muka!


DATUK NUR JAZLAN MOHAMED 

TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI



No comments: