Senyap je tentang PRN Johor ni? Mana SPR? Bila penamaan calon? Bila tarikh PRN? Ke aku terlepas berita? Maklumlah. Aku habiskan masa atas jalan sepanjang hari ini.
Atau UMNO dah menyesal buat keputusan bodoh bubar DUN? Iyalah. Lepas bubar, harga ayam dan telur pun naik. Pengeluaran KWSP tak nampak bakal lulus. Dan duta khas pun tak pasal-pasal nak bantu Taliban pula.
UMNO bubar DUN Johor sebab yakin akan menang besar. Sekali dengan berderet isu yang keluar, lagi perang mulut antara Najib vs. Mahiaddin dan Zahid vs. Hadi, keadaan yang sebaliknya berlaku. UMNO dah mula goyang. Takut kalah. Sebab itu SPR pun tak jadi umum.
Tapi takkanlah. SPR kan badan bebas. Takkanlah SPR tunggu keadaan menguntungkan sesebuah parti baru nak umum tarikh mengundi. Tak logik. Mungkin lambat sebab ramai pegawai cuti. Ladang ayam pun boleh cuti, takkan pegawai SPR tak mahu cuti pulak. Kan?
UMNO pun janganlah takut sangat. Cuma sediakan duit RM50 dan beli beras 10kg banyak-banyak lepas tu agihkan kepada pengundi. Pasti menang besar nanti. Sebab bagi Melayu, pelabur lari pun tak apa asalkan dapat duit dan beras tiap kali mengundi. Guane boh?