Pas, Umno saling tidak percaya

 


Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berpendapat Pas dan Umno saling tidak mempercayai.

Menurutnya, rasa curiga antara kedua-dua parti dalam kerajaan itu begitu ketara walaupun bersama-sama memeterai Muafakat Nasional (MN).

“Perbalahan dan rasa curiga antara satu sama lain antara mereka (Pas dan Umno) cukup kuat.

“Kita nampak saja mereka berpakat kerana nak agihkan jawatan bagi orang itu, orang ini tetapi hati mereka penuh syak wasangka,” katanya dalam Ceramah Isu-Isu Semasa baru-baru ini.

Dalam masa sama, Ustaz Che Ibrahim turut membangkitkan perbezaan kenyataan pemimpin kedua-dua parti itu.

“Selepas mesyuarat antara Umno dengan Pas, Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Menteri Besar buat kenyataan dalam Facebook iaitu pakatan Umno dengan Pas akan diteruskan sehingga PRU-15.

“Tiba-tiba dalam masa sama, Pengerusi Umno pula kata parti itu putuskan hubungan dengan Pas.

“Mesyuarat sekali, duduk sebilik menghadap satu sama lain, pakai baju Umno, pakai baju Pas,” katanya lagi.

No comments: