BIASA KALAU TAK BERPECAH TAKKAN LA NAK BISING BAGAI....BERPECAH LE TU

 


Ahli Bersatu nafi perpecahan dalam parti berhubung sokongan kepada PM



Seorang pemimpin Bersatu berkata, Muhyiddin Yassin tidak akan tunduk kepada cabaran Umno untuk menarik sokongan terhadap pentadbiran Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, tiada perpecahan dalam kalangan pimpinan partinya berhubung sokongan terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ini menyusul kenyataan Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan, yang mengingatkan Perdana Menteri bahawa sokongan parti itu kepadanya adalah bersyarat.

Sehubungan itu, Ahli MPT Bersatu, Razali Idris, memberi jaminan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail sehingga mandatnya berakhir, sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian mereka.

Mengenai perpecahan yang dilihat berdasarkan kenyataan berbeza dua pemimpin parti berkenaan, seorang lagi Ahli MPT, Muhammad Faiz Na’aman, menolak persepsi terbabit.

“Saya berpandangan kedua-dua kenyataan adalah tepat. Sokongan terhadap Perdana Menteri bersyarat. Syarat sokongan adalah sama.

“Sekiranya syarat itu tidak dilanggar, kami (Bersatu) akan menyokongnya sehingga akhir mandat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kenyataan Wan Saiful dan Razali “saling melengkapi” dan tidak bercanggah.

“Saya mahu menekankan tiada perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan parti terhadap sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Razali berkata, parti itu tidak akan tunduk kepada cabaran Umno untuk Presidennya, Muhyiddin Yassin, menarik sokongan dalam kerajaan sedia ada.

“Sebenarnya bukan sahaja Bersatu, malah Perikatan Nasional sedia pertahankan kerajaan Ismail sehingga penghujung seperti mana dalam perjanjian, kecuali perjanjian itu dilanggar,” katanya dipetik Sinar Harian.

No comments: