LEKEHNYA NEGARAKU DIKETAWAKAN JIRAN TETANGGA

 

Selepas Rina, kes rombongan PM sekat ambulan juga masuk TV Thailand

Ambulans yang diberhentikan di persimpangan di Hulu Langat ketika konvoi yang membawa rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjadi bahan laporan di televisyen Thailand selepas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Laporan berita di TV Thailand itu turut menyiarkan sedutan video rombongan perdana menteri yang menyekat pergerakan ambulan.

Rombongan Perdana Menteri dalam perjalanan bagi melihat sendiri kerja pembersihan dilaksanakan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat ke lokasi lain di Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16, Hulu Langat dengan diiringi polis trafik.

Ekoran itu, tular video berdurasi 29 saat dipercayai dirakam oleh orang awam yang memaparkan kenderaan dinaiki Perdana Menteri melintasi laluan berkenaan dengan diiringi beberapa kenderaan lain.

Sebelum ini, Rina Harun menjadi sangat popular di Thailand ekoran ‘penggambaran’ di Pusat Perpindahan Sementara di Salak Tinggi.

Stesen TV Thailand menyiarkan video beliau itu yang menunjukkan beliau sedang membersihkan tahi cicak di sekolah berkenaan dengan menggunakan water jet.